Thursday, 19 March 2015

Sejarah Dusun Tua

Dusun Tua ialah sebuah perkampungan Melayu yang paling tua, terletak di mukim Hulu Langat, Selangor. Perkampungan ini dikenali ramai kerana adanya pusat latihan belia di sana. Belia-belia dan IKBN Dusun Tua mengambil bahagian dalam perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos setiap tahun.
001 (2.0)
Jika anda dari Kuala Lumpur menuju ke Kajang, selepas Plaza Phoenix, anda perlu membelok ke sebelah kiri di Pekan Batu 9 selepas tol batu 9. Teruskan perjalanan ke arahSungai Congkak. Anda akan temui Pekan Batu 14 dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) sebelum berjumpa Pekan Batu 18. IKBN tersebut terletak di Dusun tua. so u dah sampai di dusun tua. Selepas itu anda akan berjunpa dengan Kampung Dusun Tua. Jika anda teruskan perjalanan, anda akan terus ke Sungai Congkak dan Pangsun.
Dusun Tua bermaksud kebun buah-buahan yang telah lama ditanam. Memang Dusun Tua membekalkan banyak buah-buahan yang berkualiti terutama sekali durian , rambutan dan langsat.
durian
Menurut sejarah bermulanya penempatan di sini adalah dengan kedatangan sekumpulan lelaki dari seberang yang terdiri daripada pahlawan Selangor seperti Tengku Kudin Raja Asal Tok Lisut. Mereka mula berkumpul di ‘Kolang’ (Kelang) dan selepas itu mereka menghulu ke sungai dan sebahagiannya telah singgah dibeberapa tempat termasuklah Kampung Dusun Tua sekarang ini.
Dahulunya kawasan ini merupakan sebuah kawasan dusun buah-buahan yang dijadikan tempat perjumpaan para perantau. Terdapat sebatang pokok durian tembaga yang telah usinya dan oleh kerana tempat ini tidak mempunyai nama maka mereka telah bersepakat untuk menamakan penempatan ini sempena pokok durian tua dengan nama Dusun Tua.

Sejarah Tok Budu 

Kampung ini pada asalnya diduduki oleh sekumpulan orang asli yang kecil jumlahnya. Orang asli pertama yang meninggal dikenali sebagai Tok Budu. Tok Budu merupakan seorang yang gagah dan beliau telah memelihara harimau, buaya dan labi-labi. Semua binatang peliharaannya dianggap sebagai penjaga kampung. Harimau yang dipeliharanya mempunyai kaki yang kecil sebelah, ia akan bertindak sekiranya penduduk melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti bersekedudukan.
Harimau tersebut akan memusnahkan semua tanaman dan ternakan mereka. Buaya pula adalah penjaga sungai, menurut sejarah buaya ini berwarna putih dan labi-labi peliharaannya pula dikatakan mempunyai saiz yang melebihi sebuah dulang. Labi-labi adalah penjaga lubuk yang banyak terdapat ikan. Apabila Tok Budu meninggal dunia kuburnya telah dianggap keramat oleh penduduk pada masa itu.  
sumatran-tiger
gambar buaya  6
Seorang lagi penduduk  orang asli yang terawal dikenali sebagai nenek Robiah telah meninggal dikebumikan di seberang sungai dalam kebun getah. Kuburnya dikatakan panjang, oleh kerana hakisan dan tiada penjagaa maka ianya tidak diketahui tempat asalnya.